Monday 7 May 2012

APA ITU MENOPOS

Menopos adalah petanda tamatnya pusingan haidh sementara hormon wanita, estrogen dan progesterone mengurang secara mendadak. Bermula menopos juga kedua-dua ovari akan berhenti menghasilkan telor.

APAKAH DIA MENOPOS ?

Menopos merupakan satu daripada beberapa perubahan semulajadi tubuh badan semasa kehidupan seorang wanita. la bukannya satu penyakit dan tidak satu keadaan pemikiran. Ringkasnya , menopos ialah satu perubahan fisiologi di mana terdapat kekurangan hormon tertentu. Berasal dari dua perkataan (Inggeris) yang bererti bulan dan berhenti, menopos berlaku apabila ovari tidak lagi mengeluarkan hormon-hormon yang mengawal haid Oestrogen dan Progesteron - dan anda tidak dapat lagi untuk hamil. Proses mencapai menopos ini memakan masa 4-5 tahun dan anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur sebelum ianya terus berhenti.

Proses menopos - biasanya bermula semasa anda dalam lingkungan pertengahan 40- an.

GEJALA-GEJALA AWAL MENOPOSE

Walaupun anda mungkin bersedia menghadapi masa tanpa haid bulanan tubuh badan anda akan 'merindu" oestrogen yang pernah dikeluarkan oleh ovari. Tubuh badan anda menunjukkan ' kerinduan 'ini menerusi gejala-gejala berikut:

Panas membara : Tanpa rawatan rawatan gejala ini dirasai 70-80% wanita menopos. Lebih kurang 20-50% mereka akan mengalami gejala iniselama 5 tahun atau lebih.
Peluh malam : Ini merupakan gejala panas membara yang berlaku pada waktu malam. Kebiasaannya ,ia akan menyebabkan kurang tidur dan keletihan yang amat .
Tidak dapat tidur.
Kurang nafsu seks.
Mudah naik radang
Kekeringan vagina /faraj atau kegatalan:30% wanita menopos mengalami dan boleh menyebabkan infeksi.
Kesakitan bersetubuh.
Buang air kencing kerap serta kepedihan dan membakar.
Malah sebelum berhenti lansung, 80 % wanita sudah pun menunjukkan gejala- gejala kekurangan oestrogen.



Wanita tertakluk kepada perubahan hormon sepanjang hidup. Ketika usia 15 tahun hormon membanjiri tubuh menjelang baligh dan di usia 45 tahun, wanita akan mengalami perubahan penurunan paras hormon yang besar pula. Allah mencipta setiap wanita itu berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Wanita akan melalui menopos pada usia sekitar 45 hingga 55 tahun. Menopos boleh berlaku dalam dua cara:

i. bila tubuh berhenti mengeluarkan hormon secara semulajadi atau secara pembedahan mengeluarkan ovari dimana hormon reproduktif mula berakhir.

ii. Apabila haidh terhenti selama setahun, ia dianggap menopos. Namun jika berlaku dikalangan wanita muda, pemeriksaan rapi perlu dilakukan.



Selain, petanda kitaran reproduktif tamat, ketika ini juga menopos membawa kepada kegelisahan, masalah kesihatan dan fizikologi. Simptom biasa adalah panas-pijar, peluh malam, gangguan tidur, hilang tumpuan, kekeringan vagina, nafsu syahwat menurun dan mood yang sentiasa terganggu. Kesan tersebut bukan sahaja merimaskan, ia turut membawa bersama perubahan diri yang ketara.



Wanita juga akan mengalami kulit yang semakin mongering, kedutan tampak lebih jelas, rambut menipis, hubungan kelamin menyakitkan (penipisan mukosa atau lapisan vagina) dan kekerapan mengunjungi tandas kerana sukar menahan urin. Ketika ini juga jangktan pundi kencing lebih mudah berlaku. Ada wanita yang dapat melalui isu saikologi seperti depresi (kemurungan), mood perasaan yang silih berganti, kelesuan, gangguan tidur (insomnia) dengan baik. Kesemua ini adalah disebabkan oleh kesimbangan hormon dan boleh menjadi lebih buruk secara mental dan fizikal ekoran menopos tadi

Apa itu Menopos dan KEKURANGAN ESTROGEN?

Menopos menandakan penamatan haid. Ia juga menandakan penamatan kesuburan atau kemampuan untuk mengandung. Seperti kita katakan pada awalnya, menopos berlaku akibat kekurangan estrogen.

Estrogen adalah satu di antara dua hormon utama wanita; yang lain itu progesterone. Ovari, yang melepaskan telur, mengeluarkan kedua-dua hormon itu. Sebelum menopos berlaku, salah satu fungsi estrogen ialah mengawal kitaran biakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan. Bila ovari berhenti mengeluarkan telur, biasanya bila wanita berusia diantara 40 dan 50, ovari itu akhirnya berhenti mengeluarkan estrogen. Pendarahan bulanan kian susah dijangka - lebih cair dan kurang datang untuk sesetengah wanita, lebih pekat dan lebih kerap, untuk yang lain - dan akhirnya berhenti. Pendarahan bulanan akan berhenti sama sekali bila wanita itu telah menjalani pembuangan rahim - iaitu bila rahim dan dalam banyak keadaan, ovari dikeluarkan melalui pembedahan histerektomi.

Ramai wanita meminta nasihat doktor bila mereka mengesan perubahan dalam corak pendarahan bulanan dan pada masa inilah merka mungkin mendengar buat pertama kali perkataan putus haid atau menopos. Ini juga masa yang terbaik untuk mula menimbangkan TPH

Estrogen membawa kesan-kesan utama pada tubuh wanita. Kekurangan estrogen boleh menyebabkan pelbagai gejala, mendatangkan perasaan kurang selesadan menyusahkan kenikmatan hidup. Memandangkan purata jangka hayat wanita kini adalah 75-80 tahun, anda mungkin terus hidup semala 25 atau 40 tahun dalam keadaan kekurangan estrogen. Jika bukan setakat wanita mungkin merasa serba kurang selesa buat jangka pendek, mereka mungkin mengalami osteoporosis dan penyakit jantung buat jangka panjang. Hidup sengsara sedemikian bukan idaman dan tidak perlu sama sekali.

PERSIAPAN DIRI

Kehidupan yang ceria boleh diteruskan selepas menopos. Sediakan diri anda dengan :

* Memahami dan menerima menopos sebagai proses semulajadi.
* Mengetahui bila, bagaimana dan daripada siapa untuk mendapatkan khidmat rawatan dan kaunseling.
* Mempunyai sikap positif terhadap menopos. Inilah masanya untuk meneroka minat baru, aktiviti baru, mencari rakan baru dan bahagia menerima kehadiran anak cucu.


Kesan jangka panjang menopos juga perlu diambilkira. Penurunan tisu tulang semakin tinggi kerana tiada lagi tindakan pembinaan tulang dari hormon ovari. Osteoporosis dan poros tulang yang menyumbang kepada risiko retak tulang pada bahagian pergelangan tangan dan pinggul semakin tinggi. Keretakan tulang sebegini berlaku lebih dari 40% sebelum wanita mencecah usia 70 tahun.

No comments:

Post a Comment