Tuesday, 3 April 2012

MATA

Gejala mata malas pada kanak-kanak


Oleh: DR. SHATRIAH ISMAIL (Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan)


PEMERIKSAAN mata dan preskripsi cermin mata pada peringkat awal tumbesaran anak dapat mengelakkan berlakunya gejala mata malas selepas anak meningkat dewasa kelak.


GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik.

Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.

Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.

Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.

Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.

Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.
Punca dan Tanda-Tanda Klinikal

Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;

* masalah mata rabun
* perbezaan kuasa refraktif mata
* mata juling
* keabnormalan pada tisu mata

Masalah Mata Rabun

Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.

Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat.
Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun. Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.

Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.

Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun. Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).

Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.

Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.

Perbezaan Kuasa Refraktif Mata

Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.

Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat.

Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata.

Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.

Mata Juling

Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.

Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.

Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah.
Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.

Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.

Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.

Keabnormalan Pada Tisu Mata

Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.

Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak.

Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.

Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.

Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.

Komplikasi

Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan.
Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.

Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad.

Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.

Kaedah Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.

Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.

Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.
Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.

Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.

Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.
Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.
Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas.

Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.

Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.

Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu.

Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.

Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.
Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit.

Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.

Salah Anggapan Masyarakat

Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.

Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.

Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.

Peranan Ibu bapa

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.

Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.

Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.



Pakar Mata: Buta kerana glaukoma

ANTARA masalah mata yang kerap berlaku kepada individu berumur ialah glaukoma. Glaukoma ialah penyakit mata yang menyebabkan tekanan mata meningkat dengan tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata. Glaukoma yang tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan.

Glaukoma dibahagi kepada dua jenis, iaitu glaukoma akut dan kronik.

# Glaukoma akut � Menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan. Untuk mengelak masalah ini, glaukoma perlu dirawat segera sebaik dikesan.

# Glaukoma kronik � Berbeza dengan glaukoma akut, jenis ini tidak menyebabkan rasa sakit, tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan-lahan. Biasanya glaukoma kronik berlaku kepada golongan berumur 50 tahun ke atas.

Apakah gejala glaukoma?

Gejala dialami pesakit glaukoma akut ialah kemerahan pada mata.

Glaukoma akut senang dikesan kerana rasa sakit yang amat sangat, selain mata menjadi merah.

Manakala glaukoma kronik pula selalunya berlaku tanpa dikesan kerana ia tiada tanda jelas. Kadangkala penglihatan pesakit menjadi kabur.

Pesakit selalunya kerap menukar cermin mata untuk membaca, tetapi masih berasa tidak selesa.

Gambar B menunjukkan pesakit mengalami sakit kepala yang amat sangat dan muntah.

Mata pesakit menjadi merah dan sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Selepas mendapatkan rawatan, pesakit boleh melihat dengan baik.


Bagaimana glaukoma menyebabkan kebutaan?

Tekanan mata yang tinggi menyebabkan tekanan pada saraf optik di dalam mata.

Ini mengakibatkan gangguan kepada peredaran darah ke saraf optik.

Saraf optik penting untuk menyampaikan cahaya yang diserap mata ke otak untuk membolehkan manusia melihat.

Oleh itu, jika saraf mata rosak, pesakit glaukoma mengalami kebutaan.



Siapa mudah dihidapi glaukoma?

Lazimnya glaukoma mudah dihidapi golongan berumur lebih 45 tahun.

Bagaimanapun, glaukoma juga boleh berlaku pada golongan muda, terutama yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit glaukoma.



Bolehkah kanak-kanak menghidapi glaukoma?

Glaukoma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir. Namun, penyakit ini biasanya berlaku selepas kanak-kanak berumur beberapa tahun.



Adakah faktor keturunan mempengaruhi glaukoma?

Ya, glaukoma berkait rapat dengan faktor keturunan. Jika ahli keluarga pernah menghidap glaukoma jenis kronik, ahli keluarga lain harus disaring lebih awal.


Apakah gejala glaukoma di kalangan kanak-kanak?

Bagi bayi baru lahir, wujud lapisan kornea atau mata hitam yang tidak jernih seperti mata bayi biasa.

Saiz mata juga membesar kerana tekanan mata meningkat di dalam mata yang membesar.

Kanak-kanak berumur beberapa tahun pula mengalami silau dan kadangkala membenamkan muka ke bantal untuk mengelak mata terkena cahaya.



Apakah rawatan untuk glaukoma kronik?

Glaukoma boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang mudah digunakan dan mempunyai kesan sampingan minimum. Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan dengan ubat titis, pembedahan harus dilakukan.



Penawar Masalah Mata

Rawatan Alternatif..Penawar Masalah Mata Di Temui Oleh Nur Syuhada Shamsuddin KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Laksana seorang doktor mata yangmemberi khidmat nasihat kepada pesakit, Ustaz Fairus Mohamed tenangberbicara ketika orang ramai mengunjungi gerai pamerannya di PameranHalal Antarabangsa Malaysia Keempat (MIHAS) 2007 yang diadakan di ibunegara baru-baru ini. Walaupun berjiran dengan lebih 500 gerai lain yang di antaranya menjualpelbagai produk kecantikan dan kesihatan, keluaran tempatan danantarabangsa, Ustaz Fairus tetap yakin toner mata yang diusahakannyasejak 10 tahun lepas bakal menarik perhatian ramai.


Apabila gerai pamerannya dihalakan lensa kamera dan wartawan mulamencatat sesuatu pada buku, pengunjung yang kebanyakannya berkaca matamula mengintai produk ciptaan Ustaz Fairus yang dikatakan bolehmenyembuhkan masalah rabun jauh dan dekat yang serius. "Dengan izin Allah sembuh. Tidak perlu dibedah dan berkaca mata. InsyaAllah," kata Ustaz Fairus kepada Bernama ketika ditemui di MIHASbaru-baru ini. TIADA PENDIDIKAN FORMAL DALAM BIDANG OPTOMETRI Ustaz Fairus, 37, mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Islam diPasir Tumbuh, Kelantan serta Pattani (Thailand) dan di Mekah. Tanpamengikuti pengajian formal dalam bidang optometri di mana-manauniversiti, beliau hanya berpandukan kitab-kitab lama Arab untukmenghasilkan produknya. Jelas Ustaz Fairus, toner mata itu dihasilkan daripada perahan pucukdaun kayu yang terpilih, antaranya daun sirih sebagai bahan utama dandaun bakawali, madu lebah dan air zam-zam. Individu pertama yang mencuba toner mata di bawah label Qurrotaaini ituadalah ibu mentuanya yang rabun sejak kecil.


Ketika hampir dibedahakibat penglihatan yang sangat kabur semasa berusia 80 tahun, UstazFairus mengajukan dua botol produknya untuk dicuba. Belum habis pun sebotol, cermin mata yang sebelum itu tidak lagi bolehdigunakan ibu mentuanya kerana kabur, semakin hari semakin "terang".Berdasarkan testimoni pertama itu, Ustaz Fairus mula menjual toner mataitu di pasar tani dan masjid-masjid. HADIRI KURSUS DALAM BIDANG MATA Pada mulanya, perasaan was-was menguasai diri kerana toner matanya yangketika itu tanpa pembungkusan yang sempurna, dijual dengan harga RM6sebotol berbanding satu lagi toner mata berjenama terkenal yang dijualdengan harga RM3. Namun berkat doa dan keyakinan yang tersemat di jiwa, membuatkan UstazFairus enggan menoleh ke belakang lagi. Ternyata percubaan pertamanyamembuahkan hasil apabila produknya mula mendapat sambutan ramai. "Apabila melihat sambutan baik itu, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA),Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan KemajuanNegeri Pahang (PKNP) memanggil saya untuk menghadiri kursus dalambidang mata di universiti-universiti tempatan seperti UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM)," katanya. Antara kursus yang dihadiri adalah 'The Course on Good ManufacturingPractice'(GMP) anjuran UKM dan Kursus 'Chronic Ear, Nose and Throat(ENT) Illnesses' anjuran Jabatan Otorinolaringologi, Kepala dan Leher,Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. "Sedikit sebanyak saya mula tahu terma-terma untuk mata seperti glaukoma, retina," jelasnya yang berasal dari Temerloh, Pahang. PENGAKUAN PENGGUNA Pelbagai pengalaman juga dapat dilihat pada buku testimoni pengguna danlaman web Qurotaaini. Antara yang menarik ialah pengakuan daripadaseorang pensyarah universiti tempatan, Profesor Madya Che Siah Che Man. Menurut Che Siah, beliau telah menggunakan toner mata itu sejak empat tahun lalu. "Selepas itu ibu saya yang berusia 78 tahun turut menggunakannya.Sebelum menggunakan Qurrotaaini, matanya hampir dibedah.


Alhamdulillahselepas itu beliau tidak lagi memakai cermin mata," katanya. Selain itu testimoni pengguna dari Kuala Terengganu iaitu Syed AhmadIdrus. Beliau menghidap penyakit kencing manis sejak 28 tahun lalusehingga menyebabkan penglihatannya semakin kabur. Namun selepasmenggunakan tiga botol Qurrotaaini, penglihatannya semakin jelas. IMPIAN MEMASARKAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA Antara kejayaan manis Ustaz Fairus apabila menerima Anugerah UsahawanPemasar Gemilang peringkat kebangsaan pada tahun 2004 kategori KomoditiHerba yang dianugerahkan FAMA. Ia disampaikan Perdana Menteri DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi. Buat masa ini, toner mata itu dikilangkan di Pulau Pinang. Namunpermintaan daripada pengedar di seluruh negara yang mencecah 20,000hingga 30,000 sebulan, menyebabkan Ustaz Fairus membeli sebuah kilangdi Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang masih dalam prosespengubahsuaian. Tiada penyakit yang tiada penawarnya.  
------------------------


100% Produk Buatan Malaysia. Dibuat Oleh Orang Islam. Produk-produk Qurrotaaini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan terkawal dibawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.


Ramai yang telah menggunakannya, dan berkesan. Produk-produk ini BERSIH lagi HALAL Produk ini telah berada di pasaran sejak lebih 10 tahun lalu Telah juga memenangi Anugerah Pemasar Gemilang 2004 dalam kategori herba dari FAMA Pemilik produk mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.


Ramuan terdiri daripada bahan semulajadi seperti air zam zam yang yang kaya dengan mineral, madu lebah yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan daun pucuk kayu terpilih yang tidak mengandungi kimia.


-----------------------


Bulan ni bercadang nak cuba ubat mata


QURROTAAINI


harga berpatutan setimpal dengan kesannya
Actually dah lama usha produk ni
lama jugak nak buat keputusan
tapi lastly dah pasang niat akan memiliki sebotol bulan ni
nanti dah ada kesan boleh jadi testimoni:)
kepada tuan yang menjual,saya ambil sedikit info
untuk dikongsi bersama




kepada yang berminat boleh hubungi

+6013-9355 197







Ramuan terdiri daripada bahan semulajadi seperti air zam zam yang yang kaya dengan mineral, madu lebah yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan daun pucuk kayu terpilih yang tidak mengandungi kimia.
Sesuai untuk semua tahap mata."Power 500 dan kebawah.
Masalah rabun dekat dan jauh yang biasa sangat serius.
Masalah urat saraf dan kornea,retina,katarak,glaukoma yang serius.
Mencairkan selaput lendir yang lebih tebal.
 * Tutup botol dengan sempurna setiap  kali selepas menggunakan selepas dibuka.Simpan dalam peti sejuk untuk menjamin kualiti dan tahan lebih lama.
  • Kod Produk: Q4
  • Kandungan 50 ml
  • Harga Semenanjung : RM178.20+RM 6 caj pos 
  • Harga Sabah / Sarawak:RM198+RM 10 caj pos 
  • ###caj pos tidak bertambah sekiranya anda membuat pembelian lebih dari satu produk dan beratnya kurang daripada 500 gram.

  • KIOSK LOT 1.41 TINGKAT BAWAH, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT ,
    50350  KUALA LUMPUR
    Tel : 013-9355197  Fax: 03-8070 8197


    JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI..
     
    SILA BUAT  TEMUJANJI ANDA ISNIN-SABTU
    9PAGI-6PTG
    http://www.ubatmata.com/
     
Cara-cara menggunakan:


Sebelum guna, lihat tulisan yg kabur, pastikan jaraknya. Satu kaki, atau dua kaki. Catat. Mula-mula titis toner cuci, lepas tu, sementara toner cuci masih ada dlm mata,
terus titis toner mata (Q4 misalnya). Q4 tu pedih sikit. Tutup mata sampai pedih mata tadi hilang. Jika terdapat air yg keluar (sepertri air mata), ia adalah kotoran mata. Itu petanda baik. Jika keluar dgn banyak macam budak menangis, biasanya pemulihan rabun akan lebih cepat berbanding kalau tak ada langsung air keluar (mata kering). Ulang sekerap yang boleh. Sebaiknya guna 10 kali sehari. Kalau sangat sibuk, tak dapat guna 10x sehari, tak apa. Kalau ada banyak masa, nak guna lebih dari 10x pun tak apa, tak mudarat insyaallah.. #Selepas dititis ke mata, adakalanya terasa di tekak,insyaallah  ia tidak mudarat ditelan..


Mata kering biasanya disebabkan terdedah kepada sejuk air-cond atau panas terik dalam tempoh yang lama.. kulit atau mata kering akan mudah gatal dan kusam..
     

    SOALAN-SOALAN LAZIM

    1.     Soalan: Saya mempunyai "power" cermin mata 250. Perlukah saya menggunakan Q1, Q2 dan Q3 kesemuanya?
    Jawapan: Anda perlu guna satu sahaja, pilih lah Q3 atau Q4.
    2.     Soalan:Bolehkah saya menggunakan "contact lense", semasa menggunakan ubat ini?
    Jawapan: Boleh. Tetapi, adalah lebih baik, ditanggalkan contact lense, kemudian  titis di atas mata hitam kerana tanpa lense, serapan lebih baik..
    3.     
    Soalan: Selepas dititiskan ubat ini, saya rasa pedih. Adakah ini normal?

    Jawapan :  Ya. Itu normal. Semua orang akan rasa pedih, kerana ada kandungan madu. Sekurang-kurangnya semua orang ada habuk dimata. Hanya mata yang mempunyai selaput sangat tebal tidak akan rasa apa-apa. Pedih akan berkurang selepas banyak kali menggunakannya. Pedih bermakna proses rawatan sedang berlaku. Jadi jangan bimbang.
    4.     Soalan:  Berapa lama kesannya selepas dititiskan ubat pada kali pertama?

    Jawapan:  Anda dapat melihat kesannya seawal 2 minit selepas ubat ini dititis, rasa segar dan mungkin pandangan yang pecah telah bercantum, pandang di tempat silau lebih tajam ("sharp").
    5.     Soalan : Sekiranya power cermin mata saya dibawah 150 bolehkah saya menggunakan Q3/ Q4?

    Jawapan: Ya. Boleh . Malah itu lebih baik. Ini kerana campuran kandungan madu dan air zam zamnya lebih pekat. Tapi, ia lebih pedih sedikit dari Q2.
    6.     Soalan : Sekiranya power cermin mata saya 800 bolehkah saya hanya menggunakan Q1?
    Jawapan: Boleh, cuma ia sekadar membuang habuk dan menyegar, tidak mampu merawat mata anda atau proses pemulihan perlahan sangat sangat....
    7.     
    Apakah beza Q1, Q2,Q3 dan Q4?
    Jawapan: Kepekatannya. Q1 sangat cair, Q2,Q3, lebih pekat,Q4 paling pekat.
    8.      Soalan:. Apakah ramuan produk ini dan rasional nya ia yang dikatakan baik untuk rawatan?
    Jawapan: Ubat ini dibuat daripada air zam-zam yang sangat kaya dengan mineral serta bersifat alkali. Ia sangat bersih dan memudahkan penyerapan oksigen ke dalam akar mata. Ia juga mempunyai madu yang kaya dengan pelbagai vitamin. Oleh kerana madu mempunyai bau, daun pandan digunakan untuk meneutralkan atau sekurang-kurangnya menyeimbangkan bau, supaya lebih sedap dihidu.
    9.     Soalan : Berapa lama proses untuk betul-betul sembuh atau tak perlu pakai cermin mata?
    Jawapan: Bergantung kepada tahap kerosakan mata seseorang serta tindakbalas mata individu itu sendiri. Sekiranya mata mampu lembab atau berair selepas  dititis ubat, itu bermakna mata mampu bertindakbalas dengan baik kerana air itu adalah air lendir yang dicairkan oleh ubat. Jadi peluang pemulihan cepat sangat tinggi. Ada yang tak pakai cermin mata seawal seminggu, ada yang kurangkan power cermin mata dahulu sebelum terus tak pakai cermin mata. Objektif Q1 dan Q2 masalah mata selesai antara 2 minggu ke sebulan. Q3 dan Q4 sebulan ke tiga bulan.
    10.     Soalan:  Saya tak rabun, tapi mata saya gatal sangat sehingga saya berjumpa doktor pakar. Ubat mata manakah yang sesuai untuk saya, bolehkah saya menggunakan ubat mata ini dan ubat titis yang dibekalkan oleh doktor?
    Jawapan: Guna lah sekurang-kurangnya Q3 atau Q4. Dikhuatiri anda mengalami resdung mata. Biasanya Q2 tidak cukup untuk meredakan gatal mata. Mata anda mungkin akan sedikit membengkak akibat resapan ke akar mata. Atau pening sikit. Itu tindakbalas biasa. Jangan bimbang. Harap jangan campur dengan  ubat titis daripada doktor dikhuatiri menyebabkan jangkitan..
    11.     Soalan: Mata saya pernah dibedah dan sepasang kanta dibubuh ke mata. Namun penglihatan saya tidak lah cerah sangat, power cermin mata 150 je. Adakah tidak mudarat saya menggunakan ubat mata ini?
    Jawapan: Ya. Boleh guna. Insyaallah tak mudarat.
    # EMAIL KAN PERTANYAAN ANDA KE : pengurus@ubatmata.com

    Kesan Tindak Balas Ini Bersifat Sementara Sahaja
    Bergantung Kepada Tahap Kerosakan Saraf Mata Anda.