Saturday 19 May 2012

Air Herba Bio-J (Buah Castella)

 Air Herba Bio-J (Buah Castella)

Air herba ini unik kerana khasiat yang dihasilkan mempunyai Acid Gallic yang tinggi. Kajian telah dibuat di Universiti Tempatan dan di Kolej Lincoln. Mempunyai ciri-ciri terapi yang baik kepada Jantung dan mendapati kandungan utamanya boleh memecahkan kolestrol. Antioksida yang terdapat dalam buah ini memainkan peranan penting dalam pencegahan atau penangguhan kejadian penyakit. Hasil dari testimoni, pesakit jantung dan sakit kepala amat berkesan.

Penemuan terbaru hasil kajian terhadap Buah Castella atau dikenali juga sebagai Buah Hayat oleh Prof. Dato’ Dr. Badaruddin Nordin bersama UniKL dan FRIM mendapati ia mempunyai kadar Asid Gallic yang tinggi, yang mana Asid Gallic merupakan Anti-Oksidan yang mampu membunuh radikal bebas dalam badan dan mencegah atau menangguhkan dari kejadian penyakit. Hasil kajian terhadap Buah Castella juga menunjukkan ia mempunyai ciri-ciri terapi yang baik kepada Jantung dan kandungan utamanya boleh menyingkirkan Kolesterol Jahat (LDL) dari tubuh badan seseorang. Hasil dari kajian tersebut juga mendapati ia amat sesuai untuk Pesakit Jantung & Sakit Kepala (Migrain). Insya-Allah. Buah ini diproses 100% tanpa menggunakan sebarang bahan kimia atau bahan pengawet dan amat baik digunakan sebagai minuman air herba untuk kesihatan Jantung dan sebagainya.

Antara kebaikan Buah Hayat /Castella ialah:

Kelebihan Buah Castella :-

Mujarab untuk saluran jantung tersumbat serta melancarkan peredaran darah / Kanser

Strok (Angin Ahmar)

Mujarab untuk Sakit Kepala (Migrain).
Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan (Lemah badan).

Membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Membantu sistem penghadaman badan.

Membersihkan paru-paru.

Membersihkan buah pinggang.

Masalah sukar tidur.

Membantu melancarkan pernafasan.

Buasir.

Memecahkan kolestrol dalam badan

dan lain-lain.

» Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor.


Panduan Penggunaan:-

2 kali sehari (pagi 40ml & malam 30ml)
*Boleh di minum sebelum atau selepas makan. Lebih mujarab di minum sebelum makan.
**Sila goncang sebelum minum.

Dengan izin Allah SWT, Sebahagian besar pengguna Bio-J telah dapat merasai perbezaan dan perubahan dari segi kesihatan Jantung setelah mengamalkannya antara 2 minggu ke sebulan. Selain Pesakit Jantung, penyakit-penyakit lain juga turut mengalami perubahan positif seperti Kencing Manis atau Diabetis dimana mereka melaporkan bacaan gula dalam darah telah menurun dan penglihatan semakin jelas. Terdapat juga pesakit Tekanan Darah Tinggi melaporkan bacaan tekanan darah mereka semakin baik dan stabil. Terbaru, seorang pesakit Buasir dari Rantau, Negeri Sembilan telah memaklumkan masalah Buasir yang dialaminya sejak lebih 10 tahun lalu telah baik dan sembuh.

-----------------------

Setiap individu adalah berisiko untuk mendapat serangan Sakit Jantung, namun bagitu anda akan lebih terdedah kepada risiko Sakit Jantung sekiranya anda:















Pada 22hb Febuari 2012 lalu, penyanyi Latif Ibrahim, 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara. Kematian Allahyarham adalah akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk Sakit Jantung. Sebelum ini, beberapa artis terkenal tanah air dan pemimpin negara turut diserang Sakit Jantung. Antaranya ialah Hani Mohsin, Izi Yahya, Khairil Khamis, Ustaz Asri Rabbani, Shamrin Fotograf dan Faizal Yusuf. 

Sebahagian besar dari mereka masih lagi muda iaitu dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an. Namun begitu Penyakit Jantung menyerang tanpa mengenal usia dan jantina. Hampir kebanyakan penghidap Sakit Jantung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa mereka sedang diancam Sakit Jantung. Bahkan sebahagian besar penghidap Sakit Jantung mengabaikan tanda-tanda awal serangan Sakit Jantung. Pihak Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan tanda-tanda awal Sakit Jantung sebagai panduan untuk kita semua. Antara tanda-tanda awal Sakit Jantung ialah:
















Sekiranya anda mempunyai salah satu dari tanda-tanda awal di atas, usah berlengah lagi…Ambil tindakan segera sebelum ia merebak dan seterusnya mengancam nyawa anda. Bio-J hasil kajian dan formulasi Prof. Dato’ Dr. Badaruddin Nordin dengan kerjasama UniKL dan FRIM adalah jawapan terbaik kepada masalah Sakit Jantung yang dihadapi oleh anda.

----------------------------------------

Jantung bermasalah punca letih

JIKA anda selalu berasa letih, kemungkinan besar jantung anda tidak memperolehi 'bahan bakar' yang diperlukan untuk menjadi sihat dan kuat. Bahan bakar ini ialah Koenzim Q10 (CoQ10). Ia adalah penting untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Saintis mendapati jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding organ lain dalam badan. Ini kerana jantung adalah organ yang paling kuat bekerja dan ia berdegup sebanyak kira-kira 100,000 kali sehari. Tiada satu pun degupan itu boleh berlaku tanpa tenaga. Oleh kerana jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti, ia memerlukan tenaga yang amat banyak secara berterusan.

Di peringkat sel, tenaga dikeluarkan dalam mitokondria ('janakuasa') dan kerana jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja, ia kaya dengan mitokondria yang menjana tenaga (sehingga sebanyak 5,000 pada setiap sel), lebih banyak daripada apa yang dijumpai dalam mana-mana tisu lain. Lebih banyak mitokondria yang ada dalam sel, maka lebih banyak tenaga ia boleh keluarkan. Oleh kerana CoQ10 itu penting untuk pengeluaran tenaga dalam mitokondria, maka tidaklah hairan jika jantung itu mengandungi berlipat ganda banyaknya CoQ10 berbanding mana-mana organ lain.
Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila semakin tua, kita mengeluarkan semakin sedikit CoQ10.

Manfaat CoQ10 kepada jantung kini diterima umum oleh doktor. Beberapa kajian menunjukkan pembaikan yang konsisten dalam fungsi jantung bagi mereka yang mengambil CoQ10. Oleh kerana CoQ10 it begitu perlu untuk pengeluaran tenaga, sekiranya terdapat kekurangan maka sudah tentu ia akan menjejaskan fungsi jantung - ini belum lagi mengambil kira organ-organ lain.

Koenzim Q10 - Sebagai anti oksida yang berkesan

CoQ10 wujud di mitokondria, iaitu tempat di mana radikal bebas dijanakan. Sebagai sejenis anti oksida yang berkesan, CoQ10 telah terbukti dapat mencegah kerosakan mitokondria, dengan itu memelihara dan melindungi sistem tenaga kita.

CoQ10 - Untuk mencegah oksida kolesterol LDL

Penyelidikan telah memutuskan bahawa bukan semua kolesterol itu tidak berfaedah. Lipoprotein berdensiti rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat' manakala Lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) ialah 'kolesterol baik'. Lebih tinggi HDL adalah lebih baik. Sebenarnya, kolesterol LDL secara bersendirian tidak menjadi masalah, ia menjadi masalah hanya apabila ia dioksidasikan oleh radikal bebas. LDL yang dioksidasikan ini yang menimbun di dalam arteri kita serta membantu membina plak-plak, merupakan ciri pengerasan arteri.

Dalam aliran darah, CoQ10 diangkut oleh LDL. CoQ10 melindungi LDL daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Kajian mendapati lebih banyak CoQ10 yang terkandung dalam kolesterol LDL, maka lebih berkurangan kerentanannya terhadap pengoksidaan dan juga semakin kurang kemungkinannya untuk membentuk plak yang menyumbat arteri.

Vitamin E juga ialah sejenis anti oksida yang membantu melindungi pengoksidaan LDL. Sehubungan ini, CoQ10 memainkan peranan penting untuk membantu badan anda menyimpan lebih banyak vitamin E dalam aliran darah anda dengan hanya mengitar semula vitamin E supaya badan anda dapat menggunakannya secara berulang-ulang. Melindungi LDL daripada pengoksidaan merupakan suatu langkah yang amat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.

Hubungan CoQ10 dan Statin (Kumpulan Ubat untuk Menurunkan Kolesterol)

Statin (juga dikenali sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor) sudah dianggap sebagai sejenis ubat yang berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan kolesterol secara mendadak tetapi juga mengurangkan risiko serangan jantung. Statin menghalang sintesis kolesterol dengan menyekat enzim HMG-CoA Reductase. Namun demikian, kesan ini juga menghalang pengeluaran CoQ10. Sejak tahun 1990, terdapat banyak kajian yang melibatkan manusia untuk menilai kesan statin dan CoQ10. Kajian-kajian ini mendapati penurunan ketara pada paras CoQ10 dalam jantung, otot rangka dan tisu hati selepas rawatan dengan ubat-ubat statin, terutama sekali apabila ubat-ubat ini diambil dengan dos yang tinggi.

Menurut seorang pakar jantung Peter Langsjoen, "Semua statin akan menyusutkan konsentrasi Q10 dikedua-dua paras darah dan paras selular." Dos yang lebih tinggi akan menyebabkan kesusutan CoQ10 yang lebih besar. Masalahnya ialah penyusutan ini berlaku secara perlahan sepanjang beberapa tahun, menyebabkan sukar untuk kita menyalahkan sesuatu kesan yang buruk tiga tahun kemudian (misalnya) kepada pengambilan statin. Penyusutan ini adalah amat bahaya bagi golongan tua, kerana apabila kita semakin tua paras CoQ10 kita menjadi semakin berkurangan.

Antara ubat Statin yang terdapat di pasaran Malaysia ialah: Lovastatin, Pravastatin, Simvastatin, Fluvastatin dan Atorvastatin (Sumber: MIMS Malaysia, Edisi ke 97, 2004).

Kajian menunjukkan penyusutan CoQ10 akibat daripada penggunaan statin boleh dicegah dengan mengambil suplemen. Lagipun, pengambilan suplemen CoQ10 tidak menjejaskan keupayaan statin untuk menurunkan kolesterol. Menurut Langsjoen, menggabungkan CoQ10 dengan statin bukan sahaja dapat mencegah penyusutan CoQ10, tetapi juga mungkin boleh meningkatkan keberkesanan ubat statin dengan mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol 'jahat'). Kesimpulannya: Statin adalah berkesan untuk menurunkan kolesterol. Walaubagaimanapun, jika anda sedang mengambil statin atau berhajat untuk mengambilnya, bincangkan dengan doktor anda tentang pengambilan suplemen CoQ10 bersamanya.

Mengambil suplemen CoQ10 larut air

Suplemen CoQ10 bukan sahaja untuk mereka yang mengambil ubat statin. Ahli kardiologi Dr. Langsjoen telah memberi suplemen CoQ10 kepada beribu-ribu pesakit, dan beliau berpendapat kita tidak sepatutnya menunggu sehingga kita mengalami masalah jantung barulah hendak mengambil CoQ10. Beliau pecaya mengambil CoQ10 bermula dari pertengahan umur (apabila kemerosotan CoQ10 bermula), akan memberi kesan perlindungan kepada mitokondria jantung dan membantu memelihara fungsi jantung.

Bentuk tradisi suplemen CoQ10 tidak mudah diserapkan oleh badan (serbuk CoQ10 yang disampaikan dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam kapsul-kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk dan gelatin-gelatin keras yang berisi serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah amat besar, tidak larut air, dan tidak begitu larut dalam lipid yang menyebabkannya sukar untuk badan menyerapinya.

Sebuah syarikat Amerika berjaya membangunkan proses "Biosolv" yang dipatenkan yang dapat mengecilkan saiz zarah CoQ10 daripada 25 hingga 70 mikron kepada 0.3 mikron - bahkan lebih kecil daripada bakteria! Dengan menggunakan proses ini, molekul CoQ10 menjadi begitu kecil sehingga ia menjadi "larut air" (hydrosoluble). Umumnya, lebih kecil saiz zarah itu maka lebih baik lagi penyerapan. Oleh itu, dengan CoQ10 yang larut air lebih banyak CoQ10 dapat diserapkan ke dalam aliran darah untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada anda.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment