Thursday 22 March 2012

2012 hari kiamat teori palanet x

Bahagian luar Sistem Suria masih memiliki banyak planet-planet minor yang belum ditemui. Sejak pencarian untuk Planet X bermula pada awal abad ke 20, kemungkinan akan adanya planet hipotesis yang mengorbit Matahari disebalik Lingkaran Kuiper telah membakar teori-teori Kiamat dan spekulasi bahwa Planet X sebenarnya merupakan saudara Matahari kita yang telah lama, Äúhilang, Äù.


Tetapi mengapa cemas duluan akan Planet X / Teori Kiamat ini? Planet X tidak lain hanya merupakan objek hipotesis yang tidak diketahui?

Teori-teori ini didorong pula dengan adanya ramalan suku Maya akan kiamat dunia pada tahun 2012 (Mayan Prophecy) dan cerita misteri Bangsa Sumeria tentang Planet Nibiru, dan akhirnya kini menjadi panas sebagai, Äúramalan kiamat, Äù 21 Disember 2012. Namun, bukti-bukti ahli astronomi yang digunakan untuk teori-teori ini benar-benar melencong.

Pada 18 Jun lalu, penyelidik-penyelidik Jepun mengumumkan berita bahawa pencarian teori mereka untuk sebuah massa besar di luar Sistem Suria kita telah membuahkan hasil. Dari perhitungan mereka, mungkin saja terdapat sebuah planet yang sedikit lebih besar daripada sebuah objek Plutoid atau planet kerdil, tetapi tentu lebih kecil dari Bumi, yang mengorbit Matahari dengan jarak lebih dari 100 SA. Tetapi sebelum kita terhanyut pada penemuan ini, planet ini bukan Nibiru, dan bukan pula bukti akan berakhirnya dunia ini pada 2012. Penemuan ini penemuan baru dan merupakan perkembangan yang sangat menarik dalam pencarian planet-planet minor di sebalik Lingkaran Kuiper.

Dalam simulasi teori, dua orang penyelidik Jepun telah menyimpulkan bahawa bahagian paling luar dari Sistem Suria kita mungkin mengandungi planet yang belum ditemui. Patryk Lykawa dan Tadashi Mukai dari Universiti Kobe telah menerbitkan kertas kerja mereka dalam Astrophysical Journal yang menjelaskan tentang planet minor yang mereka yakini berinteraksi dengan Jaluran Kuiper yang misteri itu.

Kuiper Belt Objects (KBOs)

Lingkaran Kuiper menduduki wilayah yang sangat luas di Sistem Suria kita, kira-kira 30-50 SA dari Matahari, dan mengandungi sejumlah besar objek-objek batuan dan metalik. Objek terbesar yang diketahui adalah planet kerdil (Plutoid) Eris. Telah lama diketahui bahawa Lingkaran Kuiper mempunyai ciri-ciri yang aneh, yang mungkin menandakan kewujudan sebuah benda (planet) besar yang mengorbit Matahari disebalik Lingkaran Kuiper. Salah satu karakterikstik tersebut adalah yang disebut dengan "Kuiper Cliff" atau Jurang Kuiper yang terdapat pada jarak 50 SA. Ini merupakan akhir dari Jaluran Kuiper yang tiba-tiba, dan sangat sedikit objek Lingkaran Kuiper yang telah diperhatikan di sebalik titik ini. Jurang ini tidak dapat dihubungkan terhadap resonansi orbital dengan planet-planet masif seperti Neptun, dan nampaknya tidak terjadi kesalahan (error) pengamatan. Banyak ahli astronomi percaya bahawa akhir yang tiba-tiba dalam populasi Jaluran Kuiper tersebut boleh disebabkan oleh planet yang belum ditemukan, yang mungkin sebesar Bumi. Objek inilah yang diyakini Lykawka dan Mukai mereka telah mengambil kira keberadaannya.




Planet-planet dalam susunan tatasurya

Penyelidik Jepun ini meramalkan sebuah objek besar, yang massanya 30-70% massa Bumi, mengorbit Matahari pada jarak 100-200 SA. Objek ini juga mungkin boleh membantu menjelaskan mengapa sebahagian objek Lingkaran Kuiper dan objek Trans-Neptunian (TNO) memiliki beberapa ciri-ciri orbital yang aneh, contohnya Sedna.

Sejak penemuan Pluto pada tahun 1930, para astronomi telah mencari objek lain yang lebih masif, yang dapat menjelaskan gangguan orbital yang diamati pada orbit Neptun dan Uranus. Carian ini dikenali sebagai "Pencarian Planet X", yang diertikan secara harfiah sebagai "pencarian planet yang belum dikenalpasti". Pada tahun 1980an gangguan orbital ini dianggap sebagai kesalahan (error) pengamatan. Oleh kerana itu, pencarian ilmiah akan Planet X dewasa ini adalah pencarian untuk objek Lingkaran Kuiper yang besar atau pencarian planet minor. Walaupun Planet X mungkin tidak akan sebesar massa Bumi, para penyelidik masih akan tetap tertarik untuk mencari objek-objek Kuiper lain, yang mungkin bersaiz Plutoid, mungkin juga sedikit lebih besar, tetapi tidak terlalu besar.

"The interesting thing for me is the suggestion of the kinds of very interesting objects that may yet await discovery in the outer solar system. We are still scratching the edges of that region of the solar system, and I expect many surprises await us with the future deeper surveys. "- Mark Sykes, Pengarah Planetary Science Institute (PSI) di Arizona.

Planet X tidaklah menakutkan

Jadi dari mana Nibiru ini berasal? Pada tahun 1976 sebuah buku kontroversial berjudul "The Twelfth Planet" atau "Planet Keduabelas" ditulis oleh Zecharian Sitchin. Sitchin telah menterjemahkan tulisan-tulisan kuno Sumeria yang berbentuk baji (bentuk tulisan yang diketahui paling kuno). Tulisan berumur 6000 tahun ini mendedahkan bahawa bangsa alien yang dikenali sebagai Anunnaki dari Planet yang disebut Nibiru, mendarat di Bumi. Ringkas cerita, Anunnaki memodifikasi gen haiwan primate di Bumi untuk menciptakan homo sapien sebagai budak mereka.




















Illustrasi Terjadinya Impact

Ketika Anunnaki meninggalkan Bumi, mereka membiarkan kita memerintah Bumi ini hingga saatnya mereka kembali nanti. Semua ini mungkin kelihatan sedikit hebat, dan mungkin juga sedikit terlalu terperinci jika mengingat semua ini merupakan terjemahan harfiah dari tulisan kuno berumur 6000 tahun. Pekerjaan Sitchin ini telah diabaikan oleh masyarakat ilmiah sebagaimana kaedah interpretasinya dianggap imaginatif. Meskipun demikian, banyak juga yang mendengar Sitchin, dan meyakini bahawa Nibiru (dengan orbitnya yang sangat eksentrik dalam mengelilingi Matahari) akan kembali, mungkin pada tahun 2012 untuk menyebabkan semua kehancuran dan-keganasan di Bumi ini. Dari "penemuan" astronomi yang meragukan inilah hipotesa Kiamat 2012 Planet X didasarkan. Lalu, bagaimanakah Planet X dianggap sebagai perwujudan dari Nibiru?

Kemudian terdapat juga "penemuan katai coklat di luar Sistem Suria kita" dari IRAS pada tahun 1984 dan "pengumuman NASA akan planet bersaiz 4-8 massa Bumi yang sedang menuju Bumi" pada tahun 1933. Para pendukung hipotesis kiamat ini bergantung pada penemuan astronomi ini sebagai bukti bahawa Nibiru sebenarnya adalah Planet X yang telah lama anda cari para astronomi selama abad ini. Tidak hanya itu, dengan memanipulasi fakta-fakta tentang kajian-kajian ilmiah, mereka "membuktikan" bahawa Nibiru sedang menuju kita (Bumi), dan pada tahun 2012, benda masif ini akan memasuki bahagian dalam Sistem Suria kita, menyebabkan gangguan graviti.

Dalam pendefinisian yang paling murni, Planet X adalah planet yang belum diketahui, yang mungkin secara teori mengorbit Matahari jauh di sebalik Jaluran Kuiper. Jika penemuan beberapa hari lalu memang akhirnya mengarah pada pengamatan sebuah planet atau Plutoid, maka hal ini akan menjadi penemuan luar biasa yang membantu kita memahami evolusi dan ciri-ciri misteri bahagian luar Sistem Suria kita.

sumber dari real-mistery

No comments:

Post a Comment