Thursday 22 March 2012

Berita isu lynas

Lagi berita isu lynas


Apa pendapat korang tentang isu Lynas ni?
baca artikel ini:


Lynas dilarang beroperasi jika ada bukti ia jejaskan kesihatan: Najib

PETALING JAYA: Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ia memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.

"Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," katanya dalam temubual dengan stesen radio 988 FM hari ini.

-----------------------------------------------

Lima syarat untuk Lynas

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

DENGKIL: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) tidak mengeluarkan lesen kendalian sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn Bhd untuk melakukan operasi kilang memproses nadir bumi di Kawasan Perindustrian Gebeng sekiranya syarikat itu tidak memenuhi lima syarat ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, syarat pertama dan kedua ialah syarikat Lynas perlu membayar yuran pelesenan dan bersetuju untuk membayar jaminan kewangan RM150 juta untuk lima tahun iaitu pada kadar RM30 juta setahun. Menurutnya, bagi syarat ketiga dan keempat ialah syarikat itu perlu menyediakan surat menyatakan meletakkan semua sisa kilang ke tempat asal serta mematuhi keputusan iaitu AELB selaku badan penilai berkait dengan Lynas. “Syarat kelima ialah Lynas perlu menyerahkan maklumat lengkap mengenai perancangan dan lokasi pembinaan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF),” katanya pada majlis taklimat bersama media berhubung operasi loji nadir bumi dibangunkan Lynas di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah AELB, Dr Noorhasmah Khairullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasa AELB, Hamrah Mohd Ali dan Ahli Jawatankuasa Perundingan Awam, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Semalam, AELB dilaporkan berkata, syarikat itu belum mengemukakan lokasi PDF yang menampung sisa dihasilkan kilang berkenaan. Justeru, agensi itu belum mengeluarkan lesen TOL kepada Lynas untuk memulakan operasi kilang memproses nadir bumi di Kawasan Perindustrian Gebeng. Syarat yang dikenakan itu sebagai langkah berhati-hati di pihak kerajaan, walaupun Lynas sebelum ini menjelaskan PDF tidak perlu kerana semua sisa berkenaan dapat dikomersialkan, dikitar dan diguna semula.


Raja Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memantau semua perkara berkenaan dengan teliti bagi memastikan Lynas memenuhi peraturan dan piawaian. “Kami akan menggantung TOL itu sekiranya pihak syarikat gagal mematuhi dan memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
-----------------------------------------

Radioaktif paras normal


Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

DENGKIL: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengesahkan tahap radioaktif di lokasi operasi loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan berada di paras normal dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk di kawasan itu.

Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, pemantauan setiap hari mendapati paras radioaktif di kawasan berkenaan hanya berada pada 0.2 microsievert (cara ukur radiasi). Menurutnya, pemantauan membabitkan tujuh stesen kekal di kawasan itu bertujuan mengesan dan mengumpul bacaan radioaktif, sekali gus memastikan tahap keselamatan terjamin.


“Setiap hari kita melakukan pemantauan kerana bacaan radioaktif berbeza dan boleh berubah. Kejadian air pasang surut turut mempengaruhi bacaan radioaktif itu. “Kita mengumpul bacaan tahap radioaktif bermula dengan jarak satu kilometer (km), seterusnya dalam jarak lima km, 10km dan 20km dari tapak projek berkenaan,” katanya pada majlis taklimat bersama media berhubung operasi loji nadir bumi dibangunkan Lynas (M) Sdn Bhd (Lynas), di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah AELB, Dr Noorhasmah Khairullah dan Pengarah Bahagian Penguatkuasa AELB, Hamrah Mohd Ali. Pembinaan loji itu yang membabitkan kos RM1.3 bilion menerima pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat, malah ada pihak tertentu cuba menarik perhatian orang ramai melalui Himpunan Hijau 2.0 untuk menyuarakan bantahan.


Raja Abdul Aziz berkata, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu gusar kerana pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan mereka selamat.


“Pemantauan mengenai paras radioaktif di Gebeng dilakukan sudah lama, sejak akhir 2008 iaitu sebelum isu itu dibangkitkan, malah sebelum syarikat Lynas memohon lesen untuk melaksanakan projek berkenaan.


 “Justeru, penduduk tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa memantau dan memastikan mereka selamat,” katanya.
--------------------------------------------------

Luluskan segera lesen


Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Lynas Corporation Ltd (Lynas) berharap pihak berkuasa segera meluluskan lesen praoperasi syarikat berkenaan berikutan fasa pertama pembinaan kemudahan loji pemprosesan nadir bumi (LAMP) di Gebeng, di sini, dengan anggaran kos RM1.3 bilion sudah siap 90 peratus dan dijangka mula beroperasi Januari depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad, berkata lesen itu akan membolehkan Lynas mengimport serta memproses bahan mentah dan hingga kini pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).


Menurutnya, penting bagi syarikat itu mendapatkan lesen praoperasi kerana dengan lesen itu, syarikat boleh menepis dakwaan tidak berasas pihak tertentu terhadap LAMP yang konon membahayakan masyarakat.


“Lesen praoperasi untuk tempoh dua tahun dan lebih cepat diluluskan lebih baik supaya kita dapat buktikan kilang Lynas tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam, persekitaran serta pekerja.


“Lynas mematuhi undang-undang antarabangsa dan tempatan yang ditetapkan. Kami bersedia berdepan dengan tindakan pihak berkuasa termasuk menutup loji ini jika melanggar undang-undang,” katanya.


Beliau berkata demikian pada taklimat khas kepada media sempena lawatan ke LAMP, di sini, semalam. Turut hadir Pengurus Kanan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Teknikal/Perkhidmatan), Robin Zhang dan Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Prof Dr Ismail Bahari.

Mashal berkata, bagi membuktikan kepada orang awam loji itu mengeluarkan kandungan radiasi pada paras begitu rendah, pihaknya turut memasang Sistem Pemantauan Aerosol (AMS) yang memantau dan membaca kualiti pelepasan udara.

Katanya, Lynas membeli dua unit AMS bernilai RM700,000 setiap satu dengan satu sudah dipasang di kawasan kilang manakala satu lagi akan dipasang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Kami berulang kali menjelaskan pendedahan radiasi oleh kilang Lynas adalah sangat rendah, pada kadar 0.002 milisievert (mVs) setahun sedangkan dedahan radiasi disebabkan televisyen empat jam sehari bagi tempoh sama 10 kali ganda lebih kuat, malah sekiranya tinggal di rumah batu dedahan radiasi adalah 35 kali ganda lebih kuat,” katanya.

info dari metro
www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment