Monday 26 March 2012

Tangani STRESS

PUNCA-PUNCA STRESS DI TEMPAT KERJA

1) Jenis Pekerjaan
Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja

2) Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

3) Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

4) Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

5) Perubahaan Dalam Organisasi
Perubahaan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekana kepada pekerja.

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI STRESS

1) Gelisah
2) Gangguan Selera Makan
3) Merokok Berlebihan
4) Mabuk Arak
5) Kerisauan Yang Berlebihan
6) Mudah Meradang
7) Kelesuan
8) Hilang Tumpuan dan Motivasi
9) Gangguan Tidur
10) Tingkahlaku Agresif

LANGKAH-LANGKAH TANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA

1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri
- Bersikap positif semasa bekerja
- Lakukan yang terbaik dalam pekerjaa
- Merasa seronok bekerja

2) Rancang Kerja Anda
- Kendali masa dengan bijak
- Lakukan kerja mengikut keutamaan. Jangan bertangguh
- Elakkan membawa balik kerja ke rumah
- Agihkan tugas dengan bijak

3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat msalah dengan rasional
- Rancang penyelesaian secara sistematik
- Kenalpasti masalah-masalah mengikut keutamaan
- Senaraikan langkah-langkah menangananinya
- Cari langkah penyelesaian yang paling sesuai
- Ambil tindakan wajar

4) Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku,

5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di tempat Kerja
- Amalkan sikap tegas dan bukan garang.
- Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas dan jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja

6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
- Kenalpasti individu dan organisasi yang dapat membantu dalam menangani masalah
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
- Luangkan masa untuk membantu rakan yang bermasalah

7) Amalkan Cara Hidup Sihat
- Belajar untuk relaks
- Tidur dengan cukup
- Bersenam selalu
- Adakan aktivit atau hobi yang menyeronokkan
- Jauhi dari arak, rokok dan dadah
- Berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment