Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 Dataran Merdeka
Perhimpunan Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April 2012
bertempat di Dataran Merdeka jam 2 petang.
Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang
Perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih
besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih
ini adalah disebabkan :
Jawatankuasa Pilihan
Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat
gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
- Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah
diperolehi
- Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat
dilakukan dengan telus dan adil
- SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu
membersihkan daftar pemilih
- PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu
kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar
negara untuk mengundi
Mari kita nantikan apakah reformasi yang akan dilakukan
dalam gerakkan Perhimpunan Bersih 3.0 ini.
---------------------
---------------------
04 April 2012
Bersih 3.0 Akan Diadakan 28 April Ini
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Rabu
mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan ‘Duduk Bantah’
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.
Bersih mengumumkannya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan
raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa.Laporan akhir yang dibentangkan
oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem
pilihan raya di negara ini.
Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima
oleh semua ahli jawatankuasa PSC.Perhimpunan Bersih sebelum ini iaitu Bersih
2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang
menuntut lapan perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya agar
dilaksanakan. - mStar
No comments:
Post a Comment